Nasional

Nash kemalangan, kereta langgar penghadang jalan

PENYANYI Datuk Nash cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, petang tadi.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 250.8 (Arah Utara) kira-kira pukul 4 petang.

Bagaimana pun penyanyi kumpulan Lefthanded itu hanya mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dan telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Dipercayai kenderaan yang dinaiki Nash iaitu jenis Toyota Harrier terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain ketika kejadian

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim seperti yang dipetik dari Utusan Online

 

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button