AgamaNasionalPolitik

‘The Real Ulama’ Perlu Tampil Untuk Memimpin Manusia Bersedia Dengan Akhir Zaman

Tanda-tanda kiamat kecil bagaikan sudah lengkap, jelas dengan segala macam hal. Tanda-tanda kiamat besar pula semakin hampir untuk dilengkapkan oleh manusia pendosa.

Menyedihkan ciri-ciri Islam kembali terasing pada akhir zaman menurut sabda Rasulullah SAW mula membenih pada zaman ini, dipercayai akan tumbuh segar dalam generasi akan datang.

Sehubungan itu, kalaulah golongan ulama tetap menyisihkan diri untuk terlibat dalam pentadbiran negara, berfokus kepada politik kepartian sahaja, Melayu Islam pasti akan musnah.

Mungkin jasad dengan DNA Melayu itu masih ada tetapi dari segi jiwa serta akidahnya, kosong berganti dengan pemikiran dari barat yang mencintai dunia lebih dari segalanya.

Nak harapkan ahli politik untuk berjuang soal hidup mati demi Islam dalam kalangan orang Melayu? Pergi jahamanlah kerana demokrasi akan buatkan mereka kejar jawatan sahaja.

Kalau nak harapkan NGO sahaja yang mendesak? Sampai kiamatlah peranan NGO cuma bercakap dan mendesak. Nak lakukan sesuatu secara nasional, NGO bukanlah kerajaan.

Ulama pula? Mereka bukan seperti tokoh agama yang berjuang menolak kemerdekaan daripada British sehingga syahid suatu ketika dahulu. Masing-masing takut untuk jadi tuan di tanah air sendiri.

Tulisan ini berbentuk teguran, nasihat dan saranan. Jika ulama mengajar pentingnya menyerah diri kepada Allah SWT, lakukanlah ia mengikut zaman agar rakyat yang sesat pada zamannya, dapat kembali ke jalan benar.

Jika tidak dan bergantung kepada sistem demokrasi barat, percayalah ‘Melayu Pasti Hilang Di Dunia’ setelah jati diri kita pun diracun oleh orientalis barat yang celaka serta laknatullah!

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button