Hiburan

Saya bukan penyanyi nasyid, sekadar cabar kebolehan diri – Fattah Amin

SUDAH tiga kali penyanyi, Fattah Amin mengeluarkan lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan terbaharu, lagu berjudul Hamba yang dinyanyikan bersama Kmy Kmo.

Disebabkan itu juga, timbul tanda tanya sama ada Fattah sebenarnya mahu beralih arah untuk bergelar penyanyi nasyid.

Menafikan perkara itu, Fattah menyatakan apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk mencabar kebolehan diri serta mahu menjadi penyanyi serba boleh.

“Sebelum ini saya memang dikenali sebagai penyanyi balada dan saya juga pernah bereksperimen dengan muzik saya menerusi lagu Bebas.

“Bila saya menyanyikan lagu bergenre ketuhanan, bukanlah bermakna saya nak jadi penyanyi nasyid.Sebaliknya saya hanya mahu mempelbagaikan genre muzik saya supaya orang tak bosan dan nampak statik,” katanya.


Menurut Fattah, lagu Hamba ini berkisar kepada penyerahan jiwa seorang hamba kepada tuhannya walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, kita jangan mudah putus asa.
“Sebagai hamba kita hanya mampu untuk berdoa dan Allah yang akan makbulkan permintaan kita itu.Insya-Allah akan ada jalan keluar untuk semua ini,” kata Fattah sambil menambah kehadiran lagu ini juga adalah tepat pada masanya berdasarkan situasi yang dihadapi ketika ini.
Tidak seperti lagu yang pernah dihasilkannya sebelum ini, untuk Hamba, Fattah turut berkolaborasi dengan penyanyi rap, Kmy Kmo yang disifatkannya sebagai usaha untuk memberikan kelainan terhadap buah tangan terbaharunya itu.
Sementara itu, Kmy ketika mengulas pembabitannya dalam lagu itu berkata ia berasa teruja kerana selain dapat bekerjasama dengan Fattah, dia juga diberi peluang untuk menghasilkan lirik lagu itu.
“Ketika menulis lirik lagu ini, kebetulan saya baru sahaja lepas menghasilkan lirik Neraca dan Zuhud. Jadi mood ketuhanan itu masih ada dalam diri dan secara tidak langsung, memudahkan saya untuk menyiapkan bahagian lirik yang akan saya nyanyikan.
“Bersesuaian dengan jalan cerita lagu ini, Kmy menulis lirik berdasarkan pemerhatian terhadap situasi yang berlaku ketika ini. Kmy seorang yang suka bermain dengan eksperimen sosial.Dalam dunia ini, kita semua adalah hamba. Kita juga boleh merasakan kegembiraan dan keperitan yang sama sebenarnya,” kata Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim.
Hamba boleh distrim di kesemua pelantar penstriman digitalseperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula hari ini manakala, lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube pada hari yang sama pukul 9 malam. -SM
(Visited 63 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button