Nasionalpilihan

Joseph Prakash kata ‘polis bodoh’, ugut nak bunuh isteri

POLIS Selangor menafikan tuduhan seorang lelaki, Joseph Prakash Sukumaran yang mendakwa polis bertindak kasar terhadapnya ketika hadir untuk rakaman percakapan berkaitan kes keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, lelaki itu hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selepas laporan polis dibuat oleh isterinya.

“Lelaki itu telah bertindak agresif dan menggugut mahu membunuh ketika terserempak dengan isterinya.

“Kita telah meminta suspek untuk tidak membuat bising namun tidak diendahkan dan suspek juga telah mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘polis bodoh’ serta bertindak agresif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Joseph Prakesh telah memberitahu sebuah portal berita bahawa dia dikasari oleh pihak berkuasa sehingga mengakibatkan kecederaan kepada dirinya.

Menurut Arjunaidi, berlaku pergelutan semasa suspek hendak ditangkap sehingga polis terpaksa menggunakan kekerasan paing minimum.

Malah, jelasnya, ujian saringan air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Suspek juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11 Jun lalu sebelum mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jamin mahkamah,” katanya.

Ujarnya, sejurus dibebaskan, suspek telah membuat laporan polis pada hari sama dengan mendakwa dia dikasari dan dipukul oleh polis ketika hadir memberi keterangan.

Tambahnya, satu Kertas siasatan Enkuiri Polis juga telah dibuka terhadap laporan suspek. -SM

(Visited 1,832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button