fbpx
Politik

Mat Sabu yakin Guan Eng tabah hadapi ujian

PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu atau Mat Sabu yakin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tabah dalam menghadapi segala bentuk ujian yang dikenakan terhadap beliau dalam perjuangan politik.

Menurut Mat Sabu, sepanjang perjalanan politik, Guan Eng telah melalui berbagai halangan dan ujian.

Ahli Parlimen Bagan itu pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika berusia 20-an dan dipenjarakan pada tahun 1997 serta beberapa kali lagi ditahan dalam pelbagai kes.

Mat Sabu berkata, pendakwaan terhadap Guan Eng adalah suatu proses biasa dalam perjalanan sistem perundangan. Pun begitu, beliau melahirkan keraguan terhadap pendakwaan terhadap bekas menteri ekonomi itu.

“Tetapi hari ini berlaku sesuatu yang meragukan apabila bekas Ketua Menteri Sabah yang didakwa dengan 46 tuduhan digugurkan kesnya serta merta tanpa dibicarakan.


“Ia menimbulkan suatu kehairanan terhadap prinsip The Rules of Law di Malaysia apabila berlaku pendakwaan terpilih,” kata Mat Sabu.

Guan Eng, semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur, pada Mac 2011.

Selain itu di juga akan didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bawah akta yang sama.

Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama pada 11 Ogos ini bagi kes berlainan pula.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button