Politik

Risalah saya punya…Beg bukan saya punya…Calon BN lapor polis

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Datuk Lokman Md Don menegaskan,  gambar yang memaparkan seorang individu menunjukkan wang dan risalah darinya adalah fitnah.

“Ini adalah fitnah. Semalam, saya terkejutmenerima gambar serupa ini. Saya tidak pernah beri sebarang apapun yang berbentuk wang ringgit.

“Ini amat memalukan kerana itu adalah ‘flyers’ (risalah) dari pihak saya namun beg yang dipaparkan dalam gambar, bukan dari saya mahupun jentera saya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.

Justeru beliau berharap agar sesiapa yang ada menerima gambar tersebut, berhenti dari menularnya serta-merta.

“Kerana wakil dari saya telah membuat laporan polis (laporan polis ada disertakan).

“Jadi hentikan sebaran ini serta-merta,” katanya lagi.

BACA JUGA: PN makin diterima masyarakat berbilang kaum di Johor – Muhyiddin Yassin

Di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, DUN Simpang Jeram menyaksikan persaingan empat penjuru.

Lokman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri akan berhadapan dengan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga penyandang kerusi tersebut dan Ahli Parlimen Pulai mewakili Pakatan Harapan (PH).

Manakala dua lagi calon dari Perikatan Nasional (PN) Zahrul Salleh dan Mahaizal Mahmor (Pejuang). UMNO ONLINE

 

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button