Politik

Polis akan panggil MB Kedah bantu siasatan kes jenayah fitnah Isham Jalil

POLIS akan memanggil Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor untuk siasatan berkaitan dengan kes jenayah fitnah berhubung dokumen PasLeak terhadap Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil.

isham
ISHAM JALIL

Isham berkata, beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis sebentar tadi bahawa mereka akan memanggil Muhammad Sanusi yang juga Ahli Parlimen Jeneri untuk siasatan berkenaan kes jenayah fitnah ke atas beliau berkaitan dokumen PasLeak.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan Malaysia” kata Isham dalam catatan di Facebook beliau.

Isham berharap, ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada ahli-ahli politik terutama kepada yang memegang jawatan besar dalam kerajaan supaya menjadi lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataaan dan tidak memfitnah rakyat atau orang ramai.

Catat isham lagi, dalam Al-Quran disebut:

‎”وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ” (Al-Baqarah ayat 191), maksudnya, fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

“Politik fitnah ini politik lama. Kita perlu bersihkan politik Malaysia daripada fitnah ke arah politik yang positif dan matang.

“Banyak perkara lain yang melibatkan dasar-dasar kerajaan dan ekonomi yang perlu kita fokus dan selesaikan untuk membantu rakyat” katanya. – SM

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button