Politik

Mohamad Sabu jalani pembedahan

PRESIDEN Parti Amanah Negara Mohamad Sabu telah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu.

Menurut Pejabat Presiden Parti Amanah Negara Ahli Parlimen Kota Raja itu telah menjalani pembedahan kecil.

“Alhamdulillah pembedahan telah berjalan lancar dan keadaan beliau stabil.

“Insya-Allah beliau akan dibenarkan untuk keluar daripada wad dua hari lagi bagi memulakan tugas seperti biasa,” katanya.


Sementara itu seorang pengguna Twitter, Antonio Samad telah berkongsi gambar Mohamad terlantar di katil hopsital.

Dalam gambar tersebut, Presiden Amanah itu ditemani oleh seorang doktor yang memakai pelitup mulut.-SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button