Nasional

Mat Sabu, PDRM bincang tangani kemalangan maut di Kota Raja

AHLI Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu pagi ini mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu kemalangan maut di kawasan tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, selain PDRM turut terlibat adalah Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Klang dan wakil persatuan persatuan penduduk sekitar Parlimen Kota Raja.

Presiden Amanah itu berharap, isu kemalangan maut di bebarapa lokasi di kawasan terbabit dapat ditangani secara bersama bersama.

“Pagi ini saya mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Klang dan wakil persatuan persatuan penduduk sekitar Parlimen Kota Raja berkaitan isu kemalangan maut yang berlaku di beberapa lokasi di sekitar kawasan ini untuk ditangani bersama.

“Kerjasama yang erat diantara penduduk dan jabatan jabatan kerajaan ini insyaAllah akan membantu menangani masalah ini sebaiknya,” kata Mohamad.

Semalam media melaporkan,  anak ketiga bekas menteri pertahanan itu, Ahmad Saiful Islam dihukum penjara 8 bulan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, tahun lalu.

Ahmad Saiful Islam, 32 dijatuhkan hukuman tersebut selepas Mahkamah Majistret mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin RM9,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.-SM

 

 

 

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button