Hiburan

BTS derma RM5 juta bantu penggiat seni belakang tabir

PANDEMIK Covid-19 memberi impak yang kuat terhadap industri seni dunia selepas satu persatu konsert, wayang dan anugerah dianjak ke tahun hadapan.

Perkara itu terpaksa dilakukan untuk menyekat penularan Covid-19 dengan melarang sebarang aktiviti melibatkan kumpulan yang ramai.

Prihatin dengan apa yang berlaku, kumpulan K-Pop terkenal, BTS dan syarikat pengurusannya Big Hit Entertainment telah mendermakan RM5 juta untuk diagihkan kepada penggiat seni belakang tabir.

BTS sepatutnya mengadakan konsert jelajah yang banyak tahun ini tetapi terpaksa ditangguh dan dibatalkan.

Susulan itu, ramai yang terlibat dengan siri jelajah itu hilang pendapatan dan wang tersebut akan diberikan kepada mereka.

BACA> Tiz Zaqyah panik, akaun IG nyaris digodam

Derma itu diberikan kepada organisasi Crew Nation yang diwujudkan sejak Mac lalu bertujuan untuk membantu golongan belakang tabir yang hilang 50 peratus pendapatan atau lebih.

“Sebanyak 70 kru konsert yang sepatutnya bekerja dengan konsert BTS telah dibantu termasuk 20 peratus daripada mereka iaitu golongan veteran yang bergiat dengan penganjuran konsert sejak 16 tahun lalu.

“Setakat ini, 1,000 pekerja penganjuran konsert telah dibantu dan sesiapa sahaja tanpa mengira warganegara boleh memohon bantuan itu,” kata jurucakap Crew Nation seperti dilaporkan Variety.

Sementara itu, BTS berkata, kalau tidak kerana Covid-19, mereka ketika ini sepatutnya sedang gembira bersama kru konsert yang lain dengan melakukan siri jelajah dunia.

“Ramai yang terkesan dan hilang pendapatan dan kita mahu bantu mereka terutamanya kru industri muzik menerusi dana tersebut,” katanya.

Penggiat seni tempatan sebelum ini antara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan semua penganjuran dan akiviti yang melibatkan kumpulan dibatalkan. -SM

 

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button