Nasional

Singapura, Malaysia komited kongsi kepakaran dalam bidang pertanian moden

Kepentingan membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian adalah  antara perkara yang  dibincangkan semasa kunjungan hormat, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pada Rabu.

Pertemuan ini adalah penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan.

Mohamad turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura. Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia.

Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakarannya dalam bidang pertanian pintar.

Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia.

Dari Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Singapura adalah berjumlah RM15.99 bilion.

Kedua-dua negara bersedia untuk memberikan komitmen bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan matlamat untuk menjamin sumber bekalan makanan yang mampan dan berterusan.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button