Luar Negara

Mahu jimatkan kos AS$5.5 bilion, 7,000 pekerja Walt Disney diberhentikan

Walt Disney akan memulakan gelombang kedua pemberhentian pekerjanya selepas sebelum ini memberhentikan 7,000 pekerja bagi menjimatkan kos AS$5.5 bilion, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Syarikat berkenaan dijangka memberhentikan ‘beberapa ribu’ lagi pekerja dalam pemberhentian yang bermula Isnin dan berterusan hingga Khamis ini.

Dengan pusingan pengurangan terkini, pegawai Disney berkata syarikat itu akan memberhentikan sejumlah 4,000 pekerja.

Pemberhentian pekerja terbabit akan membabitkan di seluruh segmen perniagaan syarikat, termasuk Disney Entertainment, ESPN dan Disney Parks, Experiences and Products, menurut sumber tetapi tidak dijangka menjejaskan pekerja barisan hadapan yang bekerja di taman dan pusat peranginan.

Disney mengumumkan rancangan pemberhentian pekerjanya pada Februari lalu, bersama-sama penyusunan semula secara menyeluruh bagi menstruktur semula syarikat serta mengembalikan pembuat keputusan kepada eksekutif kreatif Disney.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan pendekatan yang lebih diperkemas kepada perniagaannya.

Industri hiburan menjalani pemberhentian pekerja sejak ia mula mendakapi penstriman video, apabila syarikat media terkenal rugi berbilion dolar tatkala ia cuba bersaing dengan Netfilx Inc.

Sebilangan syarikat media mula mengawal perbelanjaan masing-masing apabila Netflix melaporkan kerugian pertamanya dalam masa 10 tahun pada awal 2022 dan Wall Street mula memberi keutamaan kepada keuntungan berbanding pertumbuhan pelanggan. – REUTERS

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button