fbpx
Luar Negara

Solat Jumaat dengan jarak antara jemaah satu meter di Indonesia

UMAT Islam di Indonesia yang menunaikan sembahyang Jumaat semalam menggunakan penutup hidung dan mulut.

Malah kedudukan jemaah dalam saf juga dijarakkan satu meter antara setiap jemaah sebagai langkah bagi mengawal penularan Covid-19.

Namun, menurut Persatuan Muslim Australia, jelas itu bukan sembahyang berjemaah.

Menurut persatuan itu adalah lebih baik jika menunaikannya di rumah daripada memperkenalkan inovasi sembahyang jemaah dengan jarak satu meter yang man ia tidak pernah di dengar dalam sejarah Islam.


Indonesia secara keseluruhan mencatatkan 309 kes jangkitan dan 25 kematian akibat COVID-19, namun pakar perubatan menjangkakan angka itu akan meningkat.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, juga tidak menggalakkan kegiatan keagamaan jika membabitkan ramai orang kerana mungkin mendapat jangkitan.

Masjid terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal di Jakarta, membatalkan solat Jumaat dengan Imam masjid, Nasaruddin Umar, memetik edaran daripada Majlis Ulama Indonesia yang menekankan kepentingan mengawal jarak sosial.

Namun tidak ada larangan rasmi solat berjemaah di masjid yang menyebabkan masih ramai umat Islam negara itu memutuskan untuk menunaikan solat Jumaat. – SM

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button