fbpx
Luar Negara

Bangladesh hantar pelarian Rohingya ke pulau terpencil

BANGLADESH menghantar sekumpulan kecil pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu selepas mereka ditemukan terapung di laut sejak beberapa minggu, lapor agensi berita, Anadolu.

“Sekumpulan 29 pelarian Rohingya dibawa ke pulau Bhasan Char pada Sabtu lalu selepas diselamatkan pihak penguatkuasa Bangladesh di Teluk Bengal,” kata seorang pegawai Suruhanjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang yang enggan namanya disiarkan.

Ratusan lagi dilaporkan masih hanyut di antara perairan Bangladesh dan Malaysia.

Memetik laporan United News Bangladesh, terdapat kira-kira 500 pelarian Rohingya berada dalam dua buah kapal tetapi bukan atau berada dekat dengan sempadan maritim Bangladesh.

Menurut undang-undang laut, negara-negara lain di rantau itu bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka.


Menurut Amnesty International, lebih 750,000 orang pelarian Rohingya kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menyeberang ke Bangladesh. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button