Hiburan

Jaafar Onn meninggal dunia

Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn  meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira pukul 11.30 pagi tadi pada usia 73 tahun

Berita pemergian Jaafar atau nama sebenar, Jaafar Onn Awang disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan oleh pihak keluarga.

Arwah sebelum itu ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin selepas berlaku pendarahan ketika membuang air besar.

Namun lata jantungnya terhenti pagi tadi dan meninggal dunia ketika doktor sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas kritikal.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cili Padi itu sebelum ini mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button