fbpx
Nasional

KKM bayang PKP, PKPB akan ditarik balik

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) akan ditarik balik.

Langkah itu sebagai tanda negara pulih daripada jangkitan Koronavirus (Covid-19).

BACA > Kampong Bharu wajar diselia DBKL sepenuhnya — Suara Merdeka

Malah, sejak minggu lalu beberapa sektor ekonomi dibenarkan untuk kembali beroperasi seperti perkilangan, perladangan, petanian, pembinaan dan pengkuarian serta perkhidmatan.

Hari ini juga kita dapat lihat beberapa premis kembali beroperasi dan memulakan perniagaan seperti restoran, hotel, spa, taman tema dan pulau peranginan.

Menerusi kenyataan KKM hari ini, pengalaman yang dilalui ketika menjalani PKP dan PKPB pasti memberi kenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Katanya, rakyat negara hari ini menjadi saksi kepada satu sejarah yang tercipta apabila pertama kali PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

“Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata. Jalan raya sunyi sepi, pusat beli belah ditutup, pengangngkutan awam henti operasi, lapangan terbang ditutup.

“Malah kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 365 hari setahun, 7 Eleven beroperasi dengan had masa.

BACA > Bersatu Simpang Renggam enggan lepaskan Maszlee — Suara Merdeka
BACA > Talian hayat DAP, PH pada Tun M — Suara Merdeka

“Sejak PKP, kehidupan kita semua terkesan. Suka atau tidak, ia pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini.

“Masak apa tak jadi jadi hari ini, Cik Kiah sehinggalah tarian shuffle Ke Sana Ke Sini, ia akan kekal dalam ingatan kita,” katanya dalam Facebook hari ini.

Bagaimanapun, KKM meminta rakyat Malaysia menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang ini sama ada ditarik ataupun diteruskan.

“Jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan kerana kepatuhan SOP adalah kejayaan awal untuk semua rakyat Malaysia.

“Apapun keputusan diumumkan nanti, kita semua akan terus hidup dengan cara baharu ‘ditemani’ Covid-19. Tiada siapa tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita agar vaksin ditemui segera,” ujarnya.

Dalam perkembangan sebelum ini, KKM memaklumkan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah seramai 6,635 kes (79.9 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, laporan kes aktif dan jangkitan baharu semakin berkurangan apabila seramai 1,551 kes sahaja dilaporkan masih dalam rawatan.

Malah tiada lagi kes jangkitan pandemik itu yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga kini, seramai lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat satu kes kematian semalam.

BACA > TLDM guna elemen 6D kekang pencerobohan PATI, rentas sempadan — Suara Merdeka
BACA > PKPB sambung atau tidak, tunggu PM umum hari Ini — Suara Merdeka

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button