Nasional

RM1 juta untuk selesaikan masalah di Hospital Seberang Jaya

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM1 juta bagi mengatasi isu berkaitan kesesakan pesakit dan beberapa keperluan lain di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
“Saya kemudian ke Pulau Pinang untuk meninjau keadaan Hospital Seberang Jaya yang berdepan isu kesesakan pesakit yang kritikal setiap hari.
“Sememangnya Hospital Seberang Jaya perlukan penambahbaikan segera kerana ketika dibangunkan pada 1995, kapasiti dan kemudahan di hospital ini dibina untuk bertahan selama 20 tahun sebelum perlu ditingkatkan.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pembinaan sebuah blok baharu yang tertangguh beberapa kali sebelum ini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.
“Insya-Allah, ia dapat mengurangkan isu kesesakan pesakit dan memenuhi beberapa keperluan lain di Hospital Seberang Jaya untuk manfaat rakyat setempat.
“Ketika taklimat, saya turut dimaklumkan beberapa keperluan lain yang mendesak antaranya tangki air, mesin ultrabunyi dan penambahbaikan bilik penyusuan ibu. Saya luluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk selesaikan segera isu yang dibangkitkan.
“Saya tegaskan janji dan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memberi keutamaan kepada sektor kesihatan. Kerajaan ini akan berusaha sedaya upaya untuk selesaikan isu-isu yang menghimpit sektor kesihatan sejak sekian lama,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook. – SM
(Visited 16 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button