JenayahNasional

Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak ditahan polis

POLIS  menahan seorang lelaki berusia 39 tahun susulan penemuan sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer miliknya, kelmarin.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, penahanan suspek dilakukan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Beliau berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Klang, Selangor dan pemeriksaan mendapati, terdapat sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer miliknya.

“Siasatan juga mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa, di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak menggunakan media sosial.

“Selain komputer, polis turut merampas telefon bimbit, ‘router’ dan ‘external hard disk’ untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, suspek direman empat hari sehingga 17 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti mangsa terlibat dalam kes ini,” katanya. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button