Nasional

Tommy tidak sepatutnya terlibat dalam kes Yusoff Rawther – Haniff

PEGUAM kepada Muhammed Yusoff Rawther, Haniff Kathri Abdullah bimbang akan timbul konflik jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador merujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Haniff berkata, pada 2012 Tommy pernah menulis bahawa pertuduhan dan keputusan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bermotifkan politik.

Oleh itu, katanya jika kes Yusoff yang mendakwa telah diserang secara seksual songsang oleh Anwar dirujuk kepada Tommy akan menimbulkan konflik kepentingan peribadi.

Rujuk tulisan Tommy pada pautan ini: https://www.malaysianbar.org.my/members_opinions_and_comments/why_was_anwar_ibrahim_acquitted_tommy_thomas.html

Oleh itu, kata Haniff, polis sepatutnya merujuk dengan individu yang tidak mempunyai konflik di pejabat peguam negara dan bukannya Tommy.


Polis petang ini berkata laporan analisis yang dijalankan oleh pakar dari Amerika Syarikat (AS) terhadap video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri telah diterima pada akhir bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, ia termasuk dapatan tentang ketulenan video berkenaan dan laporan itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Polis dan Jabatan Peguam Negara akan memberikan kenyataan berhubung siasatan kes video seks itu dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media khas sempena pencapaian tahun 2019 dan perancangan tahun 2020 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Pada tahun lepas, PDRM mendapatkan kepakaran AS untuk mengesahkan ketulenan video seks yang melibatkan seorang menteri.

Dalam perkembangan lain Huzir memaklumkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman berjumpa dengan Peguam Negara petang ini, berhubung tiga kes yang sedang disiasat unit berkenaan.

“Ia berkait dengan siasatan kes video seks melibatkan seorang menteri berkenaan, akuan bersumpah (SD) Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan SD Azilah Hadri terhadap Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button