Nasional

Didik masyarakat cara mengesan tanda awal kanser

MASYARAKAT perlu dididik mengenai cara pengesanan tanda awal secara kendiri mengenai kanser supaya langkah pencegahan awal dapat diambil.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, ini termasuk melalui sambutan Hari Kanser Sedunia 2021 dan Bulan Kesedaran Kanser akan diadakan sepanjang Februari ini bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai berhubung risiko penyakit itu.

“Tahun ini sambutan menggunakan tema ‘Saya Akan dan Saya Boleh’ bertujuan mengingatkan orang ramai tentang risiko penyakit kanser serta langkah pencegahan yang boleh diambil.

“Statistik menunjukkan lebih separuh penyakit kanser meninggal dunia akibat lewat mendapat rawatan, ketika kanser sudah di tahap tiga atau empat,” kata Amirudin Shari dalam kenyataan di Facebook.

Menurutnya, pesakit mempunyai peratusan sembuh yang tinggi sekiranya melakukan ujian awal di samping mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam, tidak merokok serta menjaga pemakanan.


Hari Kanser Sedunia disambut setiap 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai menyokong serta bersama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser. – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button