KesihatanNasionalpilihan

Ahli Dewan Rakyat bakal jalani pemeriksaan kesihatan sekali setahun

MULAI sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan datang pada Mei nanti, semua Ahli Parlimen tanpa mengira blok kerajaan ataupun pembangkang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Jawatankuasa telah mencadangkan supaya pemeriksaan kesihatan diadakan sekali setahun, ketika persidangan Dewan Rakyat berjalan di Bangunan Parlimen. Saya sendiri akan tampil dengan rakan-rakan jemaah menteri untuk menawarkan diri bagi pemeriksaan kesihatan kami dilakukan.

“Hal ini setelah mengambil kira fakta bahawa seramai sembilan wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sedang berkhidmat, meninggal dunia bagi tempoh 2018 hingga 2020, disebabkan penyakit tidak berjangkit seperti komplikasi buah pinggang dan serangan jantung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen, semalam. Turut hadir, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Ahmad Zahid berkata ahli Dewan Negara juga mungkin dipertimbangkan untuk berbuat demikian.

Beliau kemudiannya menambah, antara perkara lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat itu adalah meneruskan Kempen Promosi Kesihatan Nasional untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam pembudayaan hidup sihat rakyat. – SM 

Artikel berkaitan > Pesakit dari daerah lain dibenar terima rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button