Luar Negara

20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi

SEKURANG-KURANGNYA 20 terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa jemaah umrah menuju ke bandar suci Makkah.

Bas berkenaan dilaporkan terbakar selepas melanggar jambatan dan mencederakan puluhan yang lain.

Memetik laporan media tempatan, insiden berlaku di wilayah selatan Asir, Arab Saudi sekali gus menonjolkan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Makkah dan Madinah, dua bandar paling suci umat Islam.

Kemalangan berlaku pada minggu pertama Ramadan di tengah kesibukan melakukan ibadah umrah dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam menunaikan haji.

“Mengikut maklumat awal yang kami terima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang,” laporan saluran televisyen kerajaan, Al-Ekhbariya.

Menurut laporan itu, mangsa terbabit mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.

Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara spesifik.

Memetik laporan akhbar swasta Okaz, kemalangan berpunca masalah brek sehingga menyebabkan bas itu melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.

Berdasarkan rakaman disiarkan saluran televisyen Al-Ekhbariya menunjukkan seorang wartawan berdiri di hadapan bas yang hangus.

Tugas mengangkut jemaah di sekitar tapak suci di Arab Saudi dikategorikan tugas berbahaya, terutamanya semasa haji apabila keadaan jalan raya kelihatan ‘huru-hara’ dengan bas sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan.

Pernah berlaku kemalangan membabitkan bas pada Oktober 2019 sehingga meragut kira-kira 35 warga asing dan empat lagi cedera.

Ia selepas bas itu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan berat berhampiran Madinah.

Haji dan umrah adalah komponen terpenting dalam sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat di Arab Saudi, sekali gus diharapkan dapat mengeluarkan kebergantungan ekonomi negara itu terhadap pengeluaran minyak. – AFP

Artikel berkaitan > Arab Saudi kurangkan premium insurans haji dan umrah

 

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button