Nasional

Arab Saudi kurangkan premium insurans haji dan umrah

ARAB Saudi mengurangkan premium insurans jemaah haji daripada 109 Riyal (RM127) kepada 29 Riyal (RM34), penurunan sebanyak 73 peratus.

Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan hari ini mengatakan bahawa Menteri Haji dan Umrah Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah turut mengumumkan pengurangan premium insurans komprehensif untuk menunaikan umrah daripada 235 Riyal (RM274) kepada 88 Riyal (RM103).

Berucap pada majlis perasmian persidangan dan pameran ‘Ekspo Haji 2023’ semalam, menteri itu berkata tempoh visa umrah juga akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada 90 hari.

“Seperti pemegang visa umrah yang kini boleh merayau di seluruh negara, pemegang semua visa lain juga dibenarkan menunaikan umrah,” katanya.

Al-Rabiah turut menjelaskan mulai tahun ini, semua misi haji boleh membuat kontrak dengan mana-mana syarikat berlesen di Arab Saudi dan bukannya beberapa syarikat terpilih. – SM


(Visited 53 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button