fbpx
Nasional

Kampong Bharu wajar diselia DBKL sepenuhnya

LEMBAGA Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) disifatkan tidak lagi relevan menjalankan fungsi pentadbiran tanah dan pengurusan Kampong Bharu.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ((PPKB) dalam satu kenyataan memberitahu, pengurusan berkenaan kini di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

BACA > Helikopter M1-17 Tentera Indonesia terhempas, empat terbunuh — Suara Merdeka

PPKB berkata, hal demikian adalah mengikut peruntukan undang-undang semasa yang berkuatkuasa.

Menurut PPKB, bagi urusan itu mereka mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2 Disember 2019.

“KWP mengambil kira pandangan perundangan daripada Jabatan Peguam Negara berkenaan statu MAS serta surat dari Pejabat Menteri bertarikh 13 Februari.


KAMPONG BHARU“Kandungan surat tersebut menyatakan MAS tidak lagi relevan dalam menjalankan fungsi pentadbiran tanah, perancangan dan pengurusan perbandaran,” katanya semalam.

Justeru, menurut PPKB lagi, MAS tidak lagi boleh terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran kampung itu.

BACA > Tukang gunting perlu jalani ujian saringan Covid-19 sebelum beroperasi — Suara Merdeka
BACA > Langkawi rayu kerajaan benar rentas negeri bagi zon hijau — Suara Merdeka

Hal tersebut termasuk juga urusan pengeluaran permit, sewa ruang iklan dan tempat letak kereta.

Tambahnya, kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan, kejuruteraan, permit kerja bangunan dan tanah, penutupan jalan awam dan kebenaran menduduki bangunan tidak lagi boleh diberikan oleh MAS.

“Fungsi pentadbiran tanah di Kampong Bharu dilaksanakan sepenuhnya oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur (PTGWPKL).

“Kaedah-kaedah MAS dimansuhkan kerana tidak lagi mempunyai apa-apa fungsi memandangkan kebanyakan tanah MAS menjadi tanah beri milik atau tinggal menunggu masa untuk diberi milikan,” jelasnya.

BACA > Arab Saudi catat 34 lagi kematian akibat Covid-19 — Suara Merdeka
BACA > PKPB sambung atau tidak, tunggu PM umum hari Ini — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, PPKB menyatakan bersedia untuk melibatkan MAS sebagai organisasi bukan kerajaan (NGO) atau syarikat perunding dalam membantu penyelesaian harta pusaka dan tanah penduduk. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button