Nasional

RM109 juta bayaran saman trafik dikutip dalam tempoh 4 hari

SEJUMLAH RM109 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh empat hari bermula 9 November lalu sempena pengajuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejumlah 2.3 juta saman telah diselesaikan oleh rakyat yang melakukan kesalahan trafik dalam tempoh berkenaan.

Serentak itu beliau mengumumkan untuk melanjutkan tarikh pembayaran saman dengan diskaun 80 peratus sehingga 31 Disember ini.

“Ini menunjukkan orang ramai semenangnya berhasrat untuk menyelesaiakn kes-kes mereka jika diberi peluang.

“Mungkin seperti mana kita sedia maklum, tekanan pandemik Covid-19, sudah tentu memberi impak pada pendapatan dan ekonomi,” katanya.

Pelanjutan tarikh tersebut bagi memudahkan orang ramai untuk melunaskan pembayaran saman mereka tanpa perlu tergesa-gesa dan bersesak-sejak di kaunter pembayaran.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus sejak program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis lalu.

Menurut Acryl Sani, pemberian diskaun tersebut adalah semata-masa untuk membantu menggurangkan kes trafik dan pada masa sama membantu masyarakat yang terkesan dengan tekanan ekonomi.

“Namun demikian bukanlah untuk dilihat kita sewenang-wenangnya mengambil ringan kepada keperluan untuk memastikan bahawa memathui undang-undang diterapkan sepanjang masa untuk kesejahteraan rakyat

“Oleh kerana ingin memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk diskaun sama kepada 31 disimeber ini,” katanya.-SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button