Luar NegaraRibut

Korban puting beliung di Kentucky korban cecah 100

ANGKA korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor , Andy Beshear.

Beliau berkata, kawasan itu seperti sudah hancur, menyaksikan Mayfield antara bandar paling teruk terjejas.

Bencana itu turut menyebabkan bumbung sebuah kilang lilin roboh mengakibatkan banyak kematian, katanya seperti mana dilaporkan Anadolu.

Terdahulu Gabenor Beshear berkata, sekurang-kurangnya 50 orang dipercayai maut akibat puting beliung.

Sementara itu, Beshear mengisytiharkan darurat dan meminta Presiden mengumumkan darurat persekutuan dengan segera.

Menurut Gabenor Beshear, seramai 181 pengawal negara telah dikerahkan ke zon terjejas untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan. – SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button