MahkamahNasional

Hina Raja Perlis: Pembantu kedai runcit dipenjara setahun, denda RM5,000

PERINGATAN untuk sesiapa sahaja, jangan sewenang-wenangnya menulis komen sehingga tular di media sosial. Gunakan akal dan jangan sesekali berpandukan emosi jika tidak apa yang ditulis itu boleh menjerat diri sendiri.

Ini yang berlaku ke atas seorang pembantu kedai runcit, Muhamad Basri Shah Rohani @ Mahadi, 31, dari Tanah Merah Kelantan yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM5,000 tetapi jika tidak gagal bayar ditambah lima bulan lagi hukuman penjara.

Musyiri berkata, hukuman itu diharap akan memberikan pengajaran pada tertuduh dan masyarakat di luar sana.

Dalam kertas pertuduhan itu, tertuduh pada 22 Mac lalu pada pukul lebih kurang pukul 1.45 petang di Hotel Seri Malaysia, Kangar telah didapati mengeluarkan kenyataan melalui Facebook (FB) Basri Shah.

Dalam komen FB itu menyebut kata-kata yang menghasut iaitu “NI AKU NAK BAGITAU KAT KAU KALAU RAJA PERLIS ITU EJEN WAHABI BUKAN SEOLAH-OLAHNYA AKU HINA TAPI AKU MEMANG BETU2 HINA PON. TAPI KALAU DIA RAJA YANG MENGANKAT GOLONGAN WAHABI DI FANAH MELAYU WAJIB DIA DIJATUHKAN SAHAJA”.

Yang mana ia mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis ini telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) (a)Akta Hasutan  1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Ia membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM15,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail dan tertuduh diwakili peguam Nor Iman Nor Azmi. – SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button