Politik

Ketua Pemuda UMNO, Akmal ditahan polis di Kota Kinabalu

KETUA Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh telah ditahan di ibu pejabat polis Kota Kinabalu walaupun dijadualkan memberi kenyataan di balai polis Dang Wangi esok.

Dalam catatan Facebook, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Doakan segalanya dipermudahkan. Saya tidak akan berganjak walau seinci pun dari pendirian kami,” katanya.

Penahanan Akmal berlaku di tengah-tengah desakan kerasnya untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart, yang menjadi pusat kontroversi selepas stokin dengan perkataan “Allah” didapati dijual di cawangannya di Bandar Sunway.

Beliau terus menerajui gerakan menentang rantaian kedai serbaneka itu, walaupun pengasasnya sudah memohon maaf dan tindakan undang-undang telah diambik terhadap pengasasnya KK Chai dan pengarah Loh Siew Mui, dan gesaan daripada Yang di-Pertuang Agong untuk tidak memanjangkan kontroversi itu.

Sejak boikot bermula, tiga cawangan KK Mart di Bidor, Perak; Kuantan, Pahang; dan Kuching, Sarawak, telah diserang dengan bom petrol.

Tindakan Akmal dalam pada itu telah mendapat kritikan banyak pihak, dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa beliau berhenti. – SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button