Politik

Mohd Ridhwan pilihan tepat rampas Parlimen Hang Tuah Jaya

Pemilihan anak Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, Datuk Mohd. Ridhwan Ali sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah tepat dan wajar.

Veteran UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya sudah membayangkan peluang BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU13 dan PRU14 adalah cerah.

Md. Sirat Abu.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Katil 2008, Datuk Md. Sirat Abu berkata, maklum balas daripada masyarakat di Hang Tuah Jaya amat positif dan mereka mengalu-alukan pemilihan Mohd. Ridhwan.

Menurutnya, sifat peribadi anak sulung Mohd. Ali mudah bergaul, suka membantu orang ramai dan tidak sombong amat disenangi oleh penduduk di Hang Tuah Jaya selain dia mempunyai sifat kepimpinan seperti bapanya.

“Mohd. Ridhwan adalah pemimpin muda yang berjiwa besar, saya kenal dia sejak dibangku sekolah. Dia sangat menghormati orang dan sifat peribadinya sangat sempurna.

“Setakat ini saya berjumpa dengan orang ramai rata-rata mereka menyokong penuh dia bertanding dan mahu menang pada PRU15 ini,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Merak Mas, Bukit Katil di sini hari ini.

Md. Sirat berkata, beliau yakin sebahagian besar penduduk di sini akan memilih Mohd Ridhwan atas kapasiti diri calon itu sendiri berbanding tiga calon lain yang turut bertanding di kawasan berkenaan.

Yunus Hitam.

Bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Datuk Yunus Hitam tidak menolak BN mampu merampas kembali Parlimen Hang Tuah Jaya kerana meletakkan calon yang tepat dan diterima seluruh lapisan masyarakat di sini.

Menurutnya, rata penduduk setempat memang mahukan anak sulung Mohd. Ali itu diletakan sebagai calon kerana penampilanya cukup disenangi semua lapisan masyarakat.

“Dia berpendidikan tinggi daripada keluarga yang baik semua orang suka sifat peribadinya. Saya tidak nampak penduduk di sini menolaknya sebagai calon BN,” ujarnya.

Pada PRU15, Mohd. Ridhwan yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya setakat ini akan berdepan saingan empat penjuru membabitkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abd. Halim, calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Azrudin Md. Idris dan Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dari Pejuang. – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button