fbpx
Politik

Bersatu Kelantan teguh di belakang Presiden parti

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan hari ini menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERNAMA melaporkan, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai ahli atau pemimpin parti di peringkat akar umbi yang bertindak keluar parti mahupun cawangan dibubarkan.

Kelantan mempunyai 14 bahagian dengan kira-kira 38,000 ahli daripada 280 cawangan yang masih teguh di belakang kepimpinan presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

Menurut beliau, tiada sebab untuk kepimpinan Muhyiddin diganggu-gugat memandangkan beliau telah berjaya membuktikan keupayaannya meneraju parti dan negara mengharungi krisis termasuk ancaman Covid-19.

Kamaruddin juga yakin usaha pihak yang berkenaan untuk memecahbelahkan parti tidak akan berjaya. – SM


(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button