Politik

UMNO, Bersatu apa hala tuju?

1. Pilihanraya Umum ke 15 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini. Paling tidak selepas Julai 2022.

Negeri Johor sudah bersedia untuk adakan Pilihanraya Umum Negeri selepas Negeri Melaka dan Sarawak.

2. Ini jelas kelihatan seolah-olah satu Strategi dan Taktik yang tepat oleh parti UMNO, mengambil satu-satu Negeri agar Negeri-Negeri ini diperkukuhkan dengan kehadiran kepimpinan dari parti UMNO.

Apabila Pilihanraya Umum ke 15 menjelma, MB-MB dan CM Melaka serta CM Sarawak, hanya perlu fokus kepada kerusi-kerusi Parlimen sahaja.

Kerusi DUN dan Isu siapa akan yang memerintah Kerajaan Negeri sudah selesai.


3. Seperkara yang sering kedengaran ialah betapa pentingnya, pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat pusat mengambil kira kepentingan dan suara akar umbi.

Terdengar juga cerita-cerita mengenai terdapatnya pemimpin-pemimpin UMNO yang duduk didalam Kerajaan Persekutuan, dilihat kelihatan rapat dengan kepimpinan parti BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehinggakan keluar perkataan kononnya ini adalah satu perbuatan yang menderhaka kepada parti UMNO.

Tak kan kerjasama antara dua Menteri Kabinet yang duduk didalam satu Kerajaan, disalah ertikan sebagai satu perbuatan menyokong parti BERSATU dan ini dianggap sebagai perbuatan derhaka.

4. Setidak-tidaknya, adakah Ahli-Ahli UMNO sedar bahawa dengan kemasukkan pengundi-pengundi 18 secara automatik ini, menjadikan jumlah keseluruhan pengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15 berjumlah 21 juta orang.

Satu jumlah yang amat besar.

UiTM menjadi Institusi Pengajian Tinggi yang mempunyai pengundi muda paling ramai iaitu seramai 185,400 orang. Iaitu hampir 200 ribu pengundi baru berumur antara 18 ke 20 tahun.

5. Bandingkan jumlah keseluruhan pengundi sudah berada ditahap 21 juta orang.

Manakala, Ahli-Ahli UMNO adalah seramai 3.5 juta orang.

Antara 21 juta pengundi vs. 3.5 juta Ahli UMNO.

Perbezaan 17.5 juta orang.

6. Maka, cabaran parti UMNO dan parti-parti politik yang lain didalam Pilihanraya Umum ke 15 nanti ialah memastikan Parti mereka berada dilandasan yang betul, bagi menarik minat pengundi-pengundi ini menyokong mereka ketika PRU ke 15.

Pengundi-pengundi putih dan penyokong setia UMNO sahaja, tidak cukup untuk UMNO beroleh kejayaan pada PRU ke 15.

Kejayaan cemerlang UMNO di Pilihanraya Umum Negeri Melaka tidak boleh dijadikan ukuran kerana pengundi-pengundi 18 – 21 belum didaftarkan lagi dan pengundi-pengundi atas pagar, takut untuk keluar mengundi.

Peningkatan undi popular UMNO hanya naik sebanyak 0.5% peratus sahaja di Negeri Melaka.

Kejayaan parti BERSATU dapat mempertahankan 2 kerusi di PRN Melaka juga tidak boleh dijadikan ukuran kerana jumlah pengundi yang keluar mengundi amat sedikit iaitu sekitar 65% peratus sahaja.

7. Akhir kata, pemimpin-pemimpin parti UMNO bukan sahaja perlu mendengar kata-kata dan keluhan Ahli-Ahli UMNO di akar umbi. Sebagai contoh, *NO ANWAR,* *NO DAP* dan *NO PARTI BERSATU.*

Adakah mereka hanya mahu mendengar dari 3.5 juta Ahli atau turut mendengar 17.5 juta pengundi-pengundi lain.

Supermacy Parti UMNO sudah berakhir.

Suara Rakyat biasa lebih besar daripada suara Ahli-Ahli UMNO.

Parti-parti politik yang lain turut merasakan harapan dan peluang mereka amat cerah kali ini pada Pilihanraya Umum ke 15 kelak.

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button