EkonomiParlimen

Penutupan MAB, MAGB belum diputuskan

MESKIPUN kerugian yang dihadapi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan induknya Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB).

Kerajaan memaklumkan keputusan untuk menutup dan menghentikan operasi syarikat berkenaan masih belum dilakukan.

Bagaimanapun, beberapa perkara berkaitan penstrukturan syarikat termasuk isu liabiliti melibatkan pihak pemiutang dan pemajak akan diteliti terlebih dahulu.

Penstrukturan itu akan diteliti susulan syarikat penerbangan negara mengalami kerugian akibat krisis pandemik Koronavirus (Covid-19) yang turut melanda industri sama di peringkat global.

Malah MAB dilaporkan hanya beroperasi dengan 25 peratus jumlah pesawat yang dapat diterbangkan berikutan tiada perjalanan antarabangsa secara komersial dibenarkan.

“Malaysia Airlines kini beroperasi dengan kira-kira 75 peratus daripada pesawatnya tidak dapat diterbangkan akibat sekatan perjalanan yang turut menyaksikan kapasiti dan juga pendapatannya terjejas.

“Keputusan untuk menutup atau menghentikan oeprasi MAGB masih belum dilakukan.

“Bergantung kepada hasil rundingan MAGB dengan pihak pemiutang dan pemajak bagi menstruktur semula syarikat.

“Dalam masa yang sama pihak pengurusan Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) juga akan melaksanakan usaha terbaik bagi memastikan kebajikan kakitangan kumpulan MAGB terpelihara.

“Termasuk sekiranya perlu, bayaran pampasan yang setimpal dan mematuhi undang-undang pekerjaan.”

Demikian kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dalam penggulungan sama turut memaklumkan kerajaan meneruskan bantuan MAB untuk membantu menyelesaikan hutang pembelian pesawat Airbus A380.

“Berhubung dengan peruntukan yang disediakan untuk Turus Pesawat Sdn Bhd, ia merujuk kepada bantuan geran untuk bayaran balik pinjaman berhubung dengan kos pembelian pesawat A380 Malaysia Airlines.

“Sebelum ini kos tersebut mampu dibiayaai oleh Malaysia Airlines, namun dengan dilanda krisis Covid-19, kerajaan mula membantu membiayai bayaran pinjaman tersebut dengan RM180 juta pada tahun ini dan diterukan tahun depan dengan RM219 juta.

TENGKU ZAFRUL

“Selari dengan pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines System (MAS) yang bertujuan menstruktur semula dan memulihkan operasi syarikat penerbangan nasional,” jelasnya.

Terdahulu, MAS menjalani penstrukturan melalui pengambilalihan oleh MAB yang ditubuhkan pada 7 November 2014 bagi melaksanakan pelam pemulihan syarikat penerbangan negara.

Kemudian, MAB diletakkan di bawah MAGB yang dimiliki oleh Khazanah sepenuhnya dan menerima suntikan sebanyak RM28 bilion dengan jumlah laibiliti sebanyak RM16 bilion.

Syarikat penerbangan MAB menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan sehingga awal tahun ini sebelum negara dilanda krisis Covid-19.

Pada tahun 2019, MAB telah capai hasil 18 peratus lebih baik daripada bajet.

Prestasi kewangan MAGB antara tahun 2015 sehingga 2018 adalah seperti berikut:

2015, kerugian RM1.1 bilion, 2016 (-RM700 juta), 2017 (-RM1.2 bilion dan 2018 (-RM1.3 bilion).

Setakat 31 Ogos, jumlah kecairan yang dimiliki oleh kumpulan MAGB adalah kira-kira RM366 juta.

Selain kira-kira RM578 juta yang tersedia untuk digunakan daripada dana yang diperuntukan oleh Khazanah. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button