Luar Negara

Mahkamah China hukum mati warga A.S

Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati kepada warga Amerika Syarikat, Shadeed Abdulmateen pada Khamis atas tuduhan membunuh dengan sengaja bekas teman wanitanya.

Dalam keputusannya, Mahkamah Pertengahan Rakyat Ningbo di Wilayah Zhejiang mendapati bahawa selepas perselisihan faham mengenai perpisahan pasangan itu pada Jun 2019, defendan mengatur untuk bertemu dan bercakap dengan mangsa, wanita warga China bernama Chen,21, di perhentian bas, Ningbo sebelum membunuh dia dengan pisau lipat.

Difahamkan, Shadeed menikam dan memotong muka dan leher Chen beberapa kali sehingga menyebabkan kematian.

Pembunuhan yang bermotifkan dendam itu dilihat sangat kejam dan keji dan harus dihukum sewajarnya mengikut undang-undang.

Seorang pegawai dengan Jabatan Negara A.S. berkata ia sedang memantau perkara itu tetapi tidak akan mengulas lanjut kerana pertimbangan privasi. – REUTERS – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button