Nasional

Kerajaan kurangkan yuran asrama, perkhidmatan universiti

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman universiti.

“Seramai 523,318 penuntut universiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini,” katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ahli Parlimen Tuah Jaya itu ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengembalikan semula sebahagian daripada yuran yang telah dibayar penuntut memandangkan mereka tidak masuk ke kampus sejak Mac lalu akibat Covid-19.

Memetik laporan Bernama, Noraini juga berkata, pengurangan yuran terbabit dibuat selepas mengambil kira keluhan pelajar dan ibu bapa yang menghadapi bebanan kewangan susulan penularan Covid-19.-SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close