Nasional

KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin

KEMENTERIAN Kewangan akan menurunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memuktamadkan perolehan vaksin di
peringkat Kementerian masing-masing.

Kementerian tersebut dalam kenyataannya berkata, perkara itu adalah bagi menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai objektif imunisasi lengkap bagi rakyat menjelang Oktober depan.

“Langkah lain termasuklah meningkatkan peruntukan bagi perolehan vaksin dan PICK daripada RM3 billion (komitmen yang diumumkan pada hujung tahun 2020) kepada RM5.8 bilion seperti
yang diumumkan melalui pakej PEMULIH pada bulan Jun lalu.

“Memberi kelonggaran kepada KKM dan MOSTI untuk menguruskan perbelanjaan peruntukan berhubung pelaksanaan PICK tertakluk kepada siling peruntukan RM5.8 bilion yang diluluskan Kementerian Kewangan,” katanya.

Jelasnya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 pada hari ini yang turut dihadiri Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan (MOF) Datuk Asri Hamidon.

Dalam pada itu, tambahnya, MOF juga memberi komitmen untuk terus memainkan peranannya menjayakan usaha PICK demi mencapai vaksinasi penuh penduduk dewasa dan selanjutnya membolehkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial berfasa selaras dengan Pelan Pemulihan Negara. -SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button