Nasional

Pengasas kelab komedi hina Islam di tahan

POLIS mengesahkan telah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bagi membantu siasatan mengenai penularan dua klip video di sebuah kelab komedi di sini, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman, hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata tangkapan dilakukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah lokasi di Lembah Klang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya dalam kenyataan. SM

(Visited 138 times, 1 visits today)


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button