Nasional

Kerajaan tubuh RCI siasat isu Lembaga Tabung Haji

KERAJAAN bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit berkaitan Lembaga Tabung Haji (LTH) hasil daripada pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada hari ini bersetuju agar skop RCI tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding terbabit ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020.

Bagaimanapun siasatan RCI tersebut tidak termasuk berikatan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RCI tersebut turut bagi menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya.

“Mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.


“Langkah ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan tadbir urus LTH,” katanya.

Senarai keahlian RCI dicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

Perincian berhubung penubuhan dari segi terma dan rujukan serta keanggotaan RCI akan diumumkan dalam masa terdekat

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada Kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH.

“Ini juga bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam,” katanya.

RCI tersebut akan mengemukakan kepada Kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan.-SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button