Nasional

Rahsia nama Raja Permaisuri Agong begitu panjang

KUALA LUMPUR –  Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa nama  Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah begitu panjang.

Apakah rahsianya nama Tunku Azizah mengandungi empat nama?

Dek kerana ingin tahu seorang pengguna Twitter, @mhermanrawi memberanikan diri bertanya langsung kepada Tunku Azizah.

“Assalam Tuanku Permaisuri. Tadi duk bersembang dengan kawan, kami tertanya-tanya berkenaan nama Tuanku yang panjang yakni Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Sudilah kiranya tuanku mencerah?,” tanya beliau di Twitter @cheminahsayang.

@mhermanrawi turut membuat tanda pagar #brocuba bagi menandakan beliau ingin mencuba mencari jawapan kepada misteri nama Tunku Azizah yang mengandungi elemen empat nama.

Tidak disangka pertanyaan  @mhermanrawi mendapat jawapan balas daripada Raja Permaisuri Agong.

Tunku Azizah berkata, namanya diberikan oleh Almarhum Sultan Iskandar bersandarkan kepada empat nama.

Baginda bertitah bahawa namanya adalah gabungan daripada nama-nama nenda, nenda saudara, moyang baginda.

“Azizah (greatgrandaunt), Aminah (grandmother), Maimunah (greatgranmother) Iskandariah(father). Saya diberi 4 nama …. nama ayah saya Mahmood Iskandar, yang lain itu gelaran ayah apabila dia menjadi Sultan,” tweet baginda.

Raja Permaisuri Agong sememangnya mesra dengan rakyat jelata di Twitter dan sering mendapat perhatian umum apabila turut berkongsi pelbagai cerita baginda di media sosial. – SM

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button