Nasional

Titah ucapan Raja Muda Perlis kepada rakyat Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menzahirkan ucapan selamat bergembira bersama seisi keluarga kepada semua rakyat negeri Perlis yang menganut agama Buddha bersempena ‘Hari Wesak’ pada hari ini rabu 26 Mei 2021 dengan harapan semoga meskipun perlu menyambutnya di rumah masing-masing dalam suasana mencabar ketika ini, berikutan penularan wabak COVID-19, semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus mekar segar dan sentiasa dipertambah baik di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda mengingatkan rakyat supaya terus membantu petugas barisan hadapan mengekang rantaian jangkitan COVID-19 dengan lebih berkesan dengan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar jika tiada sebarang keperluan mendesak.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button