Nasional

Yayasan Utusan, SK Desa Pandan teruskan English for Kids

Yayasan Kumpulan Utusan dan Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur akan meneruskan sesi English for Kids bagi 60 murid yang telah mengharungi musim pertama pada tahun 2022-2023.

Guru Besar sekolah itu,gembira dengan sokongan musim kedua Yayasan Kumpulan Utusan setelah menjayakan program bahasa Inggeris itu sejak Julai 2022.

utusan
Noriah Ismail

”Bagi musim kedua bermula 13 Januari 2024, pihak yayasan dan SK Desa Pandan bersepakat menambah masa ke tiga jam satu sesi bagi menambah keberkesanan pembelajaran dari semasa ke semasa,” katanya.

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Utusan 12 Disember 2023 telah besetuju untuk meneruskan program hebat itu bagi memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak bangsa Malaysia.

”Kami juga membuka ruang untuk menaja program ini di tempat lain jika ada sekolah yang benar-benar berminat. Kami alu-alukan untuk mengadakan perbincangan,” kata Pengerusi  Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kumpulan Utusan, Tan Sri Khalid Yunus.

Empat lagi pemegang amanah ialah Tan Sri. Dr. Suleiman Mohamed, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid, Ali Jaafar dan Rosmanizam Abdullah.

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button