Nasional

Tan Sri Dr. Ali Hamsa meninggal dunia

BEKAS Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa meninggal dunia hari ini di Hospital Dublin, Ireland.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh KSN, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

“Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia, saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga Ali Hamsa yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 April 2022.

“Sesungguhnya pemergian beliau di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

Dalam catatan di laman sosial rasminya hari ini, Ismail Sabri mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin.

Terdahulu, Ali Hamsa yang merupakan anak jati Johor telah berkhidmat sebagai KSN dari Jun 2012 sehingga Ogos 2018. – SM

Catatan ucapan takziah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial rasminya hari ini.
(Visited 888 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button