Hiburan

Kamal Adli ditidurkan, kepala berlubang akibat diserang lelaki Singapura

DISANGKA peminat, rupa-rupanya lelaki cemburu gila bayang kerana tidak dapat menerima hakikat aktres cantik Uqasha Senrose sudah pun berkahwin dengan aktor Kamal Adli, seorang lelaki warga Singapura menyimpan dendam kesumat.

Akibatnya sewaktu pasangan suami isteri itu berada di negara jiran untuk menghadiri satu acara karnival jualan, Kamal diserang individu yang tidak dikenali dengan cota berkali-kali.

Lelaki Singapura itu pada mulanya menyerang Kamal pada bahagian belakang sebelum mencuri serangan untuk memukul pada bahagian tulang pipi dan semuanya berlaku dengan pantas.

“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.

“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.

“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala Kamal.

“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” kata Uqasha.

Menerusi perkongsian Uqasha di Instagram, Kamal sebelum ini sudah pun menerima balutan pada bahagian kepala untuk menghentikan pendarahan.

Namun untuk perkembangan semasa, Kamal terpaksa ditidurkan untuk menjalani pembedahan major akibat luka yang sangat dalam pada bahagian kepala.

Uqasha juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, konon dia dihantar oleh satu pihak. Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya. – SM

(Visited 1,008 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button