Nasionalpilihan

Lebih 2,000 peluang pekerjaan daripada 15 majikan buat Keluarga Malaysia di Bera!

Karnival Kerjaya dan Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diadakan di Bera, Pahang menyaksikan terdapat lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan daripada 15 majikan untuk Keluarga Malaysia di Bera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menangani isu pengangguran dan kehilangan
pekerjaan Keluarga Malaysia, karnival ini juga turut membuka peluang untuk anak muda Bera meningkatkan
kemahiran dan menjana pendapatan.

“Bagi meningkatkan peluang pekerjaan khususnya bagi komuniti luar bandar, PERKESO dengan kerjasama
beberapa kementerian, agensi dan institusi turut memperkenalkan Pusat Satelit MYFutureJobs.

“Sehingga kini, terdapat 150 Pusat Satelit di pelbagai lokasi seluruh negara dan sembilan daripadanya adalah di negeri Pahang,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap sempena Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera yang berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, Pahang.

Sehingga kini, rakyat di Pahang dan sekitarnya berpeluang mendapat akses kepada fasiliti Pusat Satelit ini bagi mendapatkan perkhidmatan pekerjaan termasuk akses kepada Portal MYFutureJobs.

“Antaranya ialah Pusat Komuniti Desa (PKD) Tembangau, PKD Janglau, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Balok Pantai dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tempoyang.

“Dalam masa yang sama, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Bentong, Institut Pengajian Tinggi iaitu University College Yayasan Pahang (UCYP) dan Politeknik Muadzam Shah turut memainkan peranan sebagai Pusat Satelit MYFutureJobs,” katanya.

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button