NasionalUncategorized

Kumpulan Star Medik perkenal rawatan Pembedahan Metabolik bantu pesakit diabetes

Masa depan pesakit diabetes yang sering dikatakan tiada harapan untuk pulih sebenarnya mampu baik serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Rawatan terbaharu dibawa oleh Star Medik melalui pembedahan metabolik, produk terbaharu syarikat itu yang tidak pernah wujud di negara ini bukan sekadaar membantu mengelak komplikasi, malah berupaya menyembuhkan penyakit tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Medik, Johari Abu Kasim berkata, pembedahan metabolik atau dengan nama pembedahan diabetik mampu menyembuhkan mereka yang mengalami masalah diabetes.

Menurutnya, selain itu rawatan berkenaan juga secara tidak langsung dapat mengurangkan obesiti yang selalu dihadapi pesakit diabetes kelas 2.

Beliau berkata, pembedahan metabolik kurang dikenali di Malaysia adalah solusi terbaik kepada pesakit tiga serangkai dapat menjalani gaya hidup sihat selepas menjalani pembedahan itu yang akan dibuat di Turkiye.

“Pembedahan ini kurang dikenali di Malaysia dan rata-rata pembedahan transit bipartion di negara ini hanya dapat mengurangkan obesiti sahaja tapi lain pula dengan pakej yang disediakan oleh Kumpulan Star Medik.

“Pakej yang kami sediakan membolehkan mereka yang menghidap diabetes dan obesiti boleh melakukan pembedahan metabolik di Turkiye dan secara tidak langsung dapat melawat negara tumpuan pelancong muslim itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di Antara Kumpulan Star Medik dan Persatuan Diabetes Malaysia Melaka di Hotel Ames, Ayer Keroh di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Majlis Mou itu menyaksikan Johari menandatangani bagi pihak Kumpulan Star Medik dan Dr. Nordina Abdul Latif pula mewakili Persatuan Diabetes Malaysia Melaka.

Mengulas lanjut Johari berkata, suatu ketika dahulu, pembedahan ini terkenal di Eropah sejak 2010 dan pembedahan ini dikenalkan pada 2012 oleh Brazilian Surgeon yang menjumpai solusi ini secara tidak sengaja malah dapat memulihkan tiga penyakit sekali gus iaitu darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

Menurutnya, melalui pembedahan metabolik pesakit tidak perlu lagi mengambil sebarang suplemen seumur hidup dan ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai diabetes tetapi tidak mengalami masalah obesiti.

Katanya, kos yang ditawarkan adalah menarik dan berbaloi kerana bukan sahaja merangkumi servis rawatan perubatan premium malah termasuk kos melancong di Istanbul, Turkiye.

Sehubungan itu katanya, kerjasama antara Kumpulan Star Medik dan Persatuan Diabetes Malaysia Melaka bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran mengenai bahayanya penyakit diabetes.

“Kita mahu bergerak dengan Persatuan Diabetes Melaka untuk membantu pesakit diabetes buat julung-julung kalinya,” ujarnya. – SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button