Nasional

Melaka berminat terokai pembedahan metabolik dari Turki

Melaka berminat meneroka bidang perubatan pembedahan metabolik atau pembedahan diabetik dari Turki bagi merawat pesakit diabetes tahap 2 dan obesiti yang dilihat mampu menyembuhkan pesakit berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau tertarik dengan teknologi perubatan dari Turki yang dibawa oleh Kumpulan Star Medik yang terbukti mampu dapat memulihkan mereka yang mengalami masalah diabetes.

Menurutnya, ini kali pertama beliau dimaklumkan mengenai kaedah tersebut dan belum pernah ada mana-mana hospital kerajaan atau swasta di negara ini menggunakan rawatan berkenaan untuk merawat
pesakit diabetes dan obesiti.

Beliau berkata, pertukaran teknologi itu dapat dilakukan di negeri ini dengan bantuan daripada Star Medik supaya ia dapat dimanfaatkan rakyat di Melaka.

“Ini adalah inisiatif yang dibawa oleh Kumpulan Star Medik yang sangat bagus terutama untuk merawat pesakit diabetes tahap 2 malah boleh memulihkan mereka tanpa lagi perlu makan sebarang suplemen.


“Sudah ada testimoni iaitu pesakit yang sudah pulih dari penyakit diabetes dan dia tidak lagi perlu menggunakan insulin atau makan sebarang ubat malah berat badan dapat dikurangkan daripada 101 kilogram (kg) kepada 83 kg.

“Sebagai seorang doktor sebelum ini di Malaysia rawatan yang biasa dilakukan adalah transit bipartion cuma pembedahan metabolik ini cukup terkenal digunakan di beberapa negara terutama Turki.

“Teknologi seperti ini perlu kita bawa di Melaka untuk kita belajar melalui pertukaran doktor di Turki melalui kerjasama dengan Star Medik memandangkan kini Melaka sedang menuju menjadi negeri
sektor pelancongan kesihatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menanandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) Kumpulan Star Medik yang diwakili Pengarah Urusannya, Johari Abu Kasim dan
Persatuan Diabetes Malaysia Melaka diwakili Presidennya, Dr. Nordina Abdul Latif di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhamad Akmal berkata, kalau dilihat hari ini kadar penyakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak 51 peratus tergolong sebagai obesiti.

Katanya, bila kadar obesiti meningkat secara tidak langsung ia turut meningkat jumlah pesakit diabetes tahap 2.

Justeru katanya, dalam tempoh terdekat ini beliau akan berbincang dengan pihak terbabit bagaimana kerjasama dapat diwujudkan antara kedua-dua belah pihak untuk membawa teknologi tersebut ke negeri
ini. – SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button