Nasional

Tiga sekeluarga maut dalam nahas berhampiran Manjung

TIGA daripada lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jambatan Raja Permaisuri Bainun di Jalan Changkat Jering-Seri Manjung, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 11.13 malam dan menghantar sepasukan anggota bomba dari balai Sitiawan ke lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata semakan mendapati Proton Saga telah berlanggar dengan sebuah kereta Chevrolet.

“Terdapat lima sekeluarga dalam Proton. Ibu bapa dan anak lelaki mereka maut di tempat kejadian manakala dua lagi kanak-kanak cedera.

“Kemalangan itu turut menyebabkan kereta Chevrolet itu terbakar dan pemandu wanita cedera,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 12.53 pagi.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa masih belum diketahui.

 

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button