NasionalNegeri

2 beradik ditemukan lemas di Pantai Chenang

KEGEMBIRAAN empat sahabat bercuti di Pulau Langkawi berakhir tragedi apabila dua daripada mereka yang juga adik beradik ditemukan lemas di Pantai Chenang, malam tadi.

Mangsa, R Yuvaaraj, 22, dan abangnya R Ravishangkar, 26, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Difahamkan, sebelum kejadian dua beradik bersama dua lagi rakan dikatakan ke pantai tersebut untuk mandi pada pukul 7 malam.

Kedua-dua mangsa mandi bersama rakan berusia 25 tahun manakala seorang lagi rakan mereka tidak turun ke laut.

Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari berkata, dua beradik bersama rakan mereka pergi ke Langkawi sejak Jumaat lalu untuk bercuti.

Beliau berkata, ketika sedang mandi, semua mangsa dipercayai ditarik ombak besar hingga ke kawasan lebih dalam.

“Ketiga-tiga mangsa kemudian terkapai-kapai dan meminta pertolongan. Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.

“Dia kemudian mendapatkan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sedang bertugas di pantai berkenaan.

“Bagaimanapun, dua lagi mangsa hilang,” katanya menurut laporan Bernama.

Shariman berkata, mayat mangsa berusia 22 tahun berjaya ditemukan pada pukul 9.35 malam manakala mayat kedua yang berumur 26 tahun itu ditemukan sekitar pukul 12.40 tengah malam.

Kedua beradik itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Sultanah Maliha (HSM).

Shariman berkata, mayat dua beradik itu dibawa ke HSM untuk proses bedah siasat dan ahli keluarga mangsa juga dimaklumkan telah tiba di Langkawi untuk urusan selanjutnya. – SM

 

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button