Nasionalpilihan

Kes bunuh, rogol di Melaka terus meningkat

Kes bunuh di Melaka mencatatkan peningkatan tertinggi daripada empat kes meningkat sebanyak 10 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, selain kes bunuh, kes rogol dan samun berkawan tanpa senjata api juga turut mencatatkan peningkatan yang tinggi.

Menurutnya, kes samun berkawan tanpa senjata api daripada 24 kes tahun lalu mencatatkan peningkatan sehingga 45 kes ia meningkat sebanyak 88 peratus.

“Kes rogol dalam kalangan remaja dan ahli keluarga juga merekodkan peningkatan sebanyak 17 peratus daripada 30 kes pada 2022 meningkat kepada 35 kes setakat hari ini.

“Tekanan hidup dianggap antara punca utama peningkatan kes tersebut khususnya selepas berakhirnya wabak Covid-19,” ujarnya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK), di sini, hari ini.

Majlis menyaksikan penyerahan tugas jawatan itu oleh pemangku sebelum ini, Asisten Komisioner Mohamed Mahat kepada Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi.

Mengulas lanjut Zainol berkata, secara keseluruhannya, jenayah indeks di Melaka merekodkan penurunan sebanyak 61 kes atau 7.5 peratus termasuklah bagi kes curi, pecah rumah curi, samun tanpa senjata api, mendatangkan cedera parah dan curi motosikal.

Sehubungan itu katanya, polis Melaka akan terus meningkatkan lagi rondaan khususnya di kawasan-kawasan tumpuan awam bagi mengurangkan lagi kadar kes jenayah.

Katanya, beliau berharap orang ramai dapat membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi membantu mengurangkan kadar jenayah di negeri ini khususnya menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button