Nasionalpilihan

Isu durian Raub, PGA dikerah lakukan kawalan

PASUKAN Gerakan Am (PGA) telah digerakkan ke Raub, Pahang bagi melakukan kawalan ekoran isu pekebun durian yang didakwa tidak berpuas hati semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kehadiran PGA di sana adalah untuk menjaga ketenteraman awam sahaja.

“Kita minta semua pihak supaya yang terlibat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Kalau ada yang tidak berpuas hati dan terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa, sila gunakan saluran undang-undang yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan Flat Sri Sabah, Cheras yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD).

Dalam pada itu, Acryl Sani juga menegaskan yang pihaknya tidak akan berkompromo dengan mana-mana individu yang cuba menganggu pihak berkuasa menjalankan tugas.

Semalam, kecoh di laman sosial tindakan ahli politik dari parti DAP yang bertekak dengan pihak berkuasa berkenaan dengan isu pekebun durian.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Raub, membenarkan 18 pekebun durian ‘Musang King’ direman selama dua hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Kesemua mereka ditahan Ahad lalu kerana melakukan provokasi kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang. -SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button