NasionalPolitik

Kepimpinan BN Ismail Sabri diyakini terus jaga peneroka FELDA

JAMINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan terus menjaga warga FELDA termasuk “memulangkan semula” insentif yang diabaikan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), amat melegakan golongan peneroka.

Rata-rata golongan peneroka tidak puas hati kerana bukan sahaja tiada bonus hari raya malah insentif lain yang diperlukan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Pak Det menjadikan sudut di luar rumah koleksi gambar semasa bertugas sebagai JPKK.

Sedangkan kenyataannya bukan semua golongan peneroka sudah mampu hidup mewah kerana masih ada lagi yang memerlukan lagi insentif oleh kerajaan.

Jadi adalah tidak adil untuk membiarkan golongan yang selamanya dijaga dengan baik oleh kerajaan BN sejak di awal penubuhan lagi.

Tambahan pula, peneroka Felda adalah penyokong kerajaan BN yang paling setia.

Berikutan itu, 447 peneroka yang melibatkan 3,000 keluarga di Felda Chuping, Perlis yakin kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Ismail Sabri akan mengembalikan “keistimewaan” mereka sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Chuping, Abdul Khair Hashim, 69, atau lebih dikenali sebagai “Pak Dek” berkata, semoga pengalaman pahit itu tidak akan berulang apabila BN kembali memegang tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya, sepanjang tempoh 22 bulan itu, setiap peneroka pastinya dapat melihat dengan jelas bagaimana mereka “hilang” bonus dan insentif lain dengan sekelip mata.

“Jika masih tidak nampak entahlah, tapi itulah hakikatnya hanya BN yang sekian lama menjaga peneroka dengan baik,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka.

Pak Det menceritakan, semasa pemerintahan BN, beliau akui amat sibuk mencari Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Warga Emas, Anak Yatim untuk diberi bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.

“Sayalah mencari penerima bantuan dan membawa mereka dengan kenderaan sendiri sehingga ada juga yang “cakap-cakap belakang” kerana tidak puas hati,” katanya.

Pak Det berkata, apabila di bawah kerajaan PH beliau akui memang berehat dari bertungkus-lumus menguruskan semua bantuan semua ini
memang tiada lagi peruntukan.

Sehubungan itu, katanya, pengalaman yang dilalui oleh peneroka ini wajar sebagai pengajaran.

Beliau berkata, dengan peruntukan RM20 juta untuk FELDA dan lebih banyak lagi diumum oleh kerajaan menerusi Bajet 2023 sememangnya membuktikan BN sentiasa menjaga peneroka.

Katanya, tambahan pula dengan bantuan pinjaman perumahan kepada golongan muda, termasuk generasi kedua FELDA menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Jelas Pak Det yang mewakili peneroka Felda Chuping sangat berharap Ismail Sabri dan barisan kepimpinannya akan diberi kepercayaan membentuk kerajaan bagi meneruskan legasi BN menjaga golongan ini. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button